Final Piala Malaysia 2023 Jumaat Ini, Operasi LRT Stesen Bukit Jalil Dilanjutkan

Sempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC pada Jumaat, 8 Disember 2023, operasi di stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi (9 Disember).

final piala malaysia 2023 jumaat ini, operasi lrt stesen bukit jalil dilanjutkan

Menurut Rapid Rail Sdn Bhd, penyokong dinasihatkan hadir lebih awal ke Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum 5 petang bagi mengelakkan kesesakan semasa waktu puncak pada sebelah petang.

 

"Ini sekali gus memberi keselesaan kepada penyokong dan warga kota yang ingin pulang dari pejabat.

"Kakitangan dan tren tambahan akan disediakan bagi membawa semua penumpang untuk pulang ke destinasi selepas tamat perlawanan. Justeru, penyokong diminta mematuhi peraturan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri," menurut kenyataan itu.

 

Tambah lagi, pengguna juga akan menikmati diskaun tambang sehingga 25 peratus bagi penumpang dari atau ke stesen LRT Bukit Jalil sahaja.

final piala malaysia 2023 jumaat ini, operasi lrt stesen bukit jalil dilanjutkan

Pengguna juga diingatkan untuk memastikan baki kad Touch ‘N Go mencukupi sebelum menggunakan perkhidmatan awam.

 

Sumber: Rapid Rail