Makin Merebak, Omicron Dijangka Dominan Di Eropah Bulan Depan

Varian COVID-19 Omicron dijangka akan menjadi dominan di Eropah, bulan depan.

makin merebak, omicron dijangka dominan di eropah bulan depan

Ia selepas pemerhatian bilangan kes baharu COVID-19 yang meningkat dua kali ganda setiap dua atau tiga hari.

 

Bagaimanapun Ketua Kesatuan Eropah (EU) berkata, 27 negara EU mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi bagi memerangi pandemik itu.

 

"Kami diberitahu menjelang pertengahan Januari, Omicron menjadi varian dominan baharu di Eropah.

"Namun, sepanjang tahun lalu, kita bekerja keras dan mencapai banyak kejayaan dan sebab itulah Eropah sekarang berada dalam kedudukan lebih baik dalam memerangi virus itu," katanya di Parlimen Eropah.

 

Pada masa ini, negara Eropah sedang berusaha memberi suntikan penggalak bagi memerangi varian Omicron yang semakin merebak pantas.

makin merebak, omicron dijangka dominan di eropah bulan depan

"Pada masa ini, negara EU berusaha untuk memberikan suntikan penggalak untuk memerangi varian Omicron yang semakin merebak.

"Kita kini sedang menghasilkan 300 juta dos vaksin setiap bulan di Eropah.

"Kita mempunyai kontrak yang memastikan kita akan menerima vaksin sebaik sahaja ia disesuaikan dengan varian baharu secepat mungkin dan mengambil masa antara 100 hari untuk menyesuaikan vaksin yang ada," katanya lagi.

 

Sehingga kini, 66.6 peratus populasi EU sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, manakala 62 juta penduduk sudah menerima dos ketiga.

 

Sejumlah 2,127 kes varian Omicron disahkan berlaku di EU dengan negara terbanyak kes ialah Denmark, Norway, Perancis, Jerman dan Belgium.

 

Sumber: [1]