Sambut New Year 2024 Di IOI City Mall? Ini Penukaran Arah Trafik Yang Perlu Anda Tahu

Menjelang tahun baharu, pasti ramai antara kita yang akan sama-sama menyambut kedatangan 2024 di pelbagai lokasi seluruh negara, antaranya di IOI City Mall, Putrajaya.

 

ERA, HITZ dan SYOK bakal menyambut kedatangan 2024 bersama barisan artis ternama di Symphony East, IOI City Mall Putrajaya bermula jam 6 petang hingga 12.30 tengah malam, 31 Disember 2023.

sambut new year 2024 di ioi city mall? ini penukaran arah trafik yang perlu anda tahu

Bagi melancarkan aliran trafik pengunjung yang bakal tiba, terdapat makluman penukaran arah trafik keluar dari IOI City Mall pada malam ini, dari jam 9 malam hingga 1 pagi sempena Konsert Ambang 2024.

 

🚧 Notis Penukaran Arah Trafik 🚧

 

Pelanggan yang dihormati, kami ingin memaklumkan kepada anda mengenai penukaran arah trafik keluar dari IOI City Mall pada 31 Disember 2023, dari jam 9 malam hingga 1 pagi sempena Konsert Ambang 2024.

 

Laluan Alternatif ke Puchong:

▪Kenderaan boleh keluar melalui jalan biasa.

▪Kenderaan membuat pusingan U-Turn di bulatan kedua (berhadapan dengan Marriot Hotel) & terus ke Lebuhraya Persiaran Utara.

 

Laluan Alternatif ke Kajang/Bangi:

▪Kenderaan yang keluar dari arah Barat perlu membuat pusingan U-Turn di SKVE.

▪Kenderaan yang keluar dari Timur boleh terus ke Lebuhraya Persiaran Utara.

 

Kenderaan dari tempat letak kereta Zone A & B boleh ke Laluan Kajang/Bangi dengan belok ke kanan & ke Puchong membelok ke kiri selepas lampu isyarat. (panah biru - rujuk peta)

sambut new year 2024 di ioi city mall? ini penukaran arah trafik yang perlu anda tahu

🚧 Penutupan Sementara Jalan 🚧

▪Sepanjang jalan Symphony East (berhadapan dengan Café Chef Wan sehingga Kenny Hills Baker).

▪Bulatan Utama ke arah Puchong dan Kajang/Bangi.

sambut new year 2024 di ioi city mall? ini penukaran arah trafik yang perlu anda tahu

Terima kasih atas kerjasama anda dan maaf atas segala kesulitan.

 

 

Sumber: IOI City Mall