‘Noah’ Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di Dunia Tahun 2023 – Kajian

Nama bayi lelaki paling popular tahun 2023 adalah ‘Noah’, manakala nama bayi perempuan pula paling popular adalah ‘Olivia’.

‘noah’ nama bayi lelaki paling popular di dunia tahun 2023 – kajian

Menurut portal Baby Centre, kedudukan itu adalah berdasarkan pilihan nama bayi oleh ibu dan bapa di seluruh dunia, bagi tahun 2023.

 

Nama ‘Noah’ pertama kali berada di kedudukan teratas selepas lima tahun, diikuti nama ‘Liam’, ‘Oliver’, ‘Elijah’, ‘Mateo’, ‘Lucas’, ‘Levi’ dan juga ‘Leo’.

 

Baby Centre juga melaporkan, beberapa nama baharu dilihat telah memasuki senarai nama bayi lelaki popular seperti ‘Ezra’ dan ‘Luca’.

 

Bagi nama bayi perempuan pula, tempat kedua diikuti nama ‘Emma’, diikuti ‘Amelia’, ‘Sophia’, ‘Charolotte’, ‘Ava’, ‘Isabella,’ ‘Mia’ dan ‘Luna’.

‘noah’ nama bayi lelaki paling popular di dunia tahun 2023 – kajian

‘noah’ nama bayi lelaki paling popular di dunia tahun 2023 – kajian

“Ibu bapa menghabiskan banyak masa memikirkan bukan sahaja tentang nama bayi mereka tetapi bagaimana ia dieja,” kata jurucakap BabyCentre, Faye Mingo.

 

Sumber: BabyCenter