Influencer Nisa Ai Tergamam Baca Komen Melampau Netizen, “Stop La Buat Benda Macam Ni,”

Influencer, Nisa yang juga namanya menjadi bualan ramai di ruangan komen “Tak boleh lawan Nisa Ai” meluahkan rasa kesal terhadap satu komen yang ditinggalkan seorang individu menerusi laman Tiktok, baru-baru ini.

influencer nisa ai tergamam baca komen melampau netizen, “stop la buat benda macam ni,”

Menerusi satu tangkap layar yang tular, individu yang tidak dikenali itu telah menyamakan Nisa sepert Tuhan, hingga mengundang kecaman ramai.

 

“Tiada Tuhan selain Nisa Ai (Nisa Ai akbar),” demikian menurut komen ringkas individu terbabit.

influencer nisa ai tergamam baca komen melampau netizen, “stop la buat benda macam ni,”

Komen itu mendapat perhatian tuan empunya badan dan meminta individu terbabit untuk mengucap.

 

“Tak lawak ya kau nak mainkan agama. Allahuakbar, sumpah aku speechless (emoji menangis). Mengucaplah dik, tak lawak benda macam ni kau nak buat joke (lawak)!!!” respon Nisa.

influencer nisa ai tergamam baca komen melampau netizen, “stop la buat benda macam ni,”

Nisa yang merupakan influencer daripada bakat Youtuber terkenal, Alief Irfan, turut meminta individu terbabit untuk kembali ke pangkal jalan seandainya dia beragama Islam.

 

Dalam pada itu, Nisa turut meminta ibu bapa diluar sana memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya di media sosial.

influencer nisa ai tergamam baca komen melampau netizen, “stop la buat benda macam ni,”

Katanya, dia hanya boleh memberi teguran dan penjelasan agar tiada yang terpesong akidah atau meninggalkan komen yang kurang cerdik seperti ini.

 

Malah, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia sudah melampaui batas.

 

@nesslow_

Dunia khayalan dunia impian

♬ original sound - دانيا منيرة - dania

 

Sumber: TikTok @nesslow_