Nikmati Diskaun Sehingga RM20 Di Go Shop Sempena Bulan Ramadan Ini

Sempena kedatangan bulan mulia Ramadan tidak lama lagi, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia iaitu Go Shop telah melancarkan kempen 'Beli Ikhlas Dari Hati' khas buat pelanggannya.

nikmati diskaun sehingga rm20 di go shop sempena bulan ramadan ini

Kempen yang berlangsung dari 15 Feb sehingga 21 Mac 2023 menawarkan pelbagai barangan Ramadan dan Raya untuk menjadikan sambutan Ramadan kali ini adalah yang paling istimewa.

Para pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak RM12 dengan menggunakan kod HATI12 apabila belanja minimum RM150 dan diskaun sebanyak RM20 menggunakan kod HATI20 dengan perbelanjaan minimum RM220 apabila membeli-belah pelbagai produk di Go Shop.

Selain itu, para pelanggan juga akan menikmati penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia setiap Isnin hingga Jumaat hingga 21 Mac dan penghantaran percuma ke seluruh negara setiap Sabtu dan Ahad hingga 16 April.

Raikan Ramadan anda dengan produk-produk berguna seperti:

- Hidangan Dari Hati - FGWalet Bird’s Nest With Kurma, FGWalet Kurma Muhammad Yusuf dan PurelyB Pegaga Remedi Tradisi Superfood.

- Persiapan Umrah – Pakej Umrah Zahazan Travel & Tours dan Set Najjah Mini Maryam.

- Tadabbur Seikhlas Hati – Set Karya Bestari Pakej Infaq Ramadan, Najjah Sejadah Jannah dan Humaira Al-Quran Tagging Edisi Wanita.

- Busana Islamik – Jubah Kaftan Nayra Ariana, Set Abaya Najjah Lisa dan Set Leanen Telekung Mawaddah.

Tambah lagi, Go Shop juga ingin memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan menarik dengan membawakan hiburan serta kemeriahan Ramadan dan Raya kepada pelanggan dengan program istimewa mereka setiap hari di Go Shop BAARU (saluran Astro 111) dan Go Shop RUUMA (saluran Astro 118).

Para pelanggan boleh menonton Nour Al Ramadan untuk persiapan menjelang bulan Ramadan, Lip Lap Raya untuk fesyen sambutan Raya yang glamor, Jelita untuk tips terhebat dalam mengekalkan kulit dan kesihatan yang baik, Enak Rasa untuk snek dan minuman yang lazat, Deko Raya untuk idea-idea hebat menghiasi rumah anda dan Jom Masak untuk alatan memasak terbaik dan resipi Raya yang lazat daripada chef tempatan.

Layari Go Shop di www.goshop.com.my untuk maklumat lanjut. Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA di saluran 118, Go Shop GAAYA di saluran 120 dan Go Shop BAARU di saluran 111.