Permohonan Nikah Di Siam Meningkat Dua Kali Ganda Tahun Lalu

Permohonan pasangan di negara ini untuk mengadakan pernikahan di Thailand didapati meningkat dua kali ganda tahun lalu.

permohonan nikah di siam meningkat dua kali ganda tahun lalu

Ia susulan daripada pembukaan sempadan negara selepas ditutup hampir dua tahun disebabkan pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Menurut seorang ejen nikah sempadan yang hanya dikenali sebagai Kamal berkata, sebelum ini mereka hanya menerima 15 hingga 20 pasangan sebulan dan jumlah itu melonjak kepada 30 ke 40 pasangan.

 

Pun begitu menurutnya pihak jurunikah perlu menghadkan pasangan supaya proses urusan nikah berjalan lancar.

permohonan nikah di siam meningkat dua kali ganda tahun lalu

Tambah Kamal lagi, di Songkhla sahaja tidak kurang 20 pasangan dari Malaysia bernikah setiap hari dan jumlah itu bertambah apabila musim cuti sekolah.

 

"Setakat ini, Songkhla, Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Bangkok antara lokasi yang diiktiraf dan diterima oleh kedua-dua negara bagi urusan pernikahan sempadan.

"Paling kerap adalah di Songkhla kerana kedudukannya dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernikahan," katanya.

 

Kamal juga mengakui urusan pernikahan disini lebih mudah terutamanya bagi urusan poligami. Ujarnya, pakej yang ditawarkan antara RM2,000 hingga RM5,000 bagi kumpulan biasa dan serendah RM10,000 bagi golongan kenamaan ditawarkan.

 

"Bayaran ini termasuklah bagi urusan keluar masuk sempadan, urusan nikah, bayaran imam dan jurunikah bertauliah serta segala dokumen berkaitan nikah," katanya.

 

Sumber: Sinar Harian