Siapa sangka, rupanya bintang bola sepak Brazil, Neymar turut meminati kumpulan K-pop wanita terkenal iaitu BLACKPINK!
Ia selepas bintang bolasepak itu menunjukkan sokongannya pada lagu baharu BLACKPINK berjudul Pink Venom yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Dalam ciapan di Twitternya, Neymar menulis “Saya suka ini #PINKVENOM,” sambil berkongsi pautan muzik video lagu terbaharu kumpulan itu.
Neymar telah menjadi salah satu daripada 140 juta penonton Pink Venom (setakat artikel ini ditulis) yang kini turut menjadi video #1 trending di Youtube bagi kategori muzik.
Sumber: Twitter