Kecoh Pasal Kes Orang Ketiga, Netizen Harap Hafiz Mahamad Setia Pada Satu

Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer yang berkahwin dua, ketika isteri pertamanya sedang hamil lima bulan.

 

Dalam kekecohan itu, warganet sepakat menasihati seorang lagi influencer dan juga usahawan popular, Hafiz Mahamad, yang pernah tular menerusi video-video ‘sweet’nya bersama isteri, Syafiqah Aina.

kecoh pasal kes orang ketiga, netizen harap hafiz mahamad setia pada satu

Hasil tinjauan terhadap media sosial Hafiz, warganet dilihat datang meninggalkan komen agar tidak menduakan isterinya itu.

 

Malah, ada juga yang menasihati Hafiz agar terus setia bersama Aina dan ‘mewakili’ lelaki Malaya yang tidak berpoligami.

kecoh pasal kes orang ketiga, netizen harap hafiz mahamad setia pada satu

“The last man standing! Jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik,” seloroh seorang pengguna X.

kecoh pasal kes orang ketiga, netizen harap hafiz mahamad setia pada satu

Untuk info, Hafiz dan Aina antara pasangan influencer yang kerap mempamerkan kemesraan dan kasih sayang mereka di media sosial, malah sering menjadi inspirasi ramai pasangan yang baru menjalinkan hubungan dan berumah tangga.

 

Sumber: X