Demi Mengemis Wang Nenek Sanggup Mandi Lumpur, Namun Tiktok Padam Video!

Laman sosial Tiktok telah memadam kandungan video seorang nenek yang dilihat sedang mandi dalam lumpur yang telah menjadi viral baru-baru ini.

demi mengemis wang nenek sanggup mandi lumpur, namun tiktok padam video!

Video seorang nenek yang mandi dalam lumpur telah menjadi tular di Indonesia hingga mendapat perhatian Kementerian komunikasi dan Informatik.

demi mengemis wang nenek sanggup mandi lumpur, namun tiktok padam video!

Ekoran itu, wakil Tiktok Indonesia berkata kandungan itu akhirnya telah dipadam susulan wujudnya permintaan oleh pihak kerajaan Indonesia sendiri.

 

Permintaan untuk memadam kandungan itu adalah juga berdasarkan pekeliling dari Menteri Sosial yang menyatakan kandungan berbentuk perbuatan sebegitu adalah dilarang.

Dalam kandungan siaran langsung Tiktok yang dibuat, warga emas telah dijadikan objek untuk meminta sedekah, menjadikan mereka sebagai pengemis online. Semakin banyak dan tinggi nilai hadiah diberikan penonton, semakin banyak lumpur yang akan dicurahkan kepada warga emas ini.

 

Sumber: Utusan