Nampak Cahaya Macam Ni Waktu Malam? Anda Mungkin Alami Masalah Berikut

Pernahkah anda memandu pada waktu malam dan mendapati cahaya dari kenderaan lain berselerakan seperti ini?

nampak cahaya macam ni waktu malam? anda mungkin alami masalah berikut

Jika penglihatan anda kabur, ia boleh disebabkan rabun jauh (miopia) atau rabun dekat (hiperopia). Malah, satu lagi kondisi masalah mata yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah disebabkan astigmatisme.

 

Astigmatisme menjadi salah satu sebab penglihatan menjadi kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh. Astigmatisme biasanya disebabkan oleh permukaan lengkungan kornea atau kanta yang tidak sekata. Sinar-sinar cahaya dari suatu objek terfokus pada retina dan di hadapan atau di belakang retina.

nampak cahaya macam ni waktu malam? anda mungkin alami masalah berikut

Umumnya, astigmatisme terjadi sejak dari lahir (keturunan), namun kemalangan atau kecederaan pada mata juga boleh menjadi penyebab kepada masalah ini.

 

Antara gejala-gejala yang sering terjadi kepada penghidap astigmatisme adalah seperti:

1. Penglihatan terganggu, dimana garisan lurus dilihat membengkok

2. Pandangan menjadi samar dan tidak fokus

3. Kesukaran melihat pada malam hari

4. Mata mudah menjadi letih dan tidak selesa

5. Berlaku iritasi pada mata

6. Sakit kepala

nampak cahaya macam ni waktu malam? anda mungkin alami masalah berikut

Bagi tujuan ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor dan rawatan selanjutkan akan diberikan. Kaedah rawatan seperti penggunaan kanta mata dan juga termasuk pembedahan seperti LASIK, LASEK, PRK dan SMILE mungkin akan dicadangkan bergantung kepada masalah mata anda. Pemeriksaan mata secara berkala mampu mengesan masalah berkaitan mata dengan lebih awal.

 

Sumber: Alodokter, Ladbible