Bayi Nama ‘Muhammad’ dan ‘Lily’ Paling Banyak Jadi Pilihan Ibu Bapa Tahun Ini

Nama ‘Muhammad’ dan ‘Lily’ menduduki tempat pertama bagi kategori bayi lelaki dan perempuan untuk nama paling popular tahun 2023.

bayi nama ‘muhammad’ dan ‘lily’ paling banyak jadi pilihan ibu bapa tahun ini

Menurut BabyCentre, senarai tahunan dikeluarkan dan mendapati nama-nama seperti Amelia, Freya dan Aria kini semakin popular.

 

Sementara itu, nama Layla, Maryam, Evelyn dan Aurora juga semakin menjadi pilihan ibu dan bapa untuk bayi perempuan mereka.

 

Berikut adalah senarai 10 nama popular bagi bayi perempuan untuk tahun 2023:

  1. Lily
  2. Sophia
  3. Olivia
  4. Amelia
  5. Freya
  6. Aria
  7. Ava
  8. Isabella
  9. Isla
  10. Mula

 

Nama-nama yang baharu memasuki senarai 100 nama bayi perempuan popular adalah seperti Ayzal, Sarah, Lyra, Delilah, Hazel, Riley, Clara, Niamh, Ariella, Ophelia, Zahra, Athena, Cora dan Amelie.

 

Sementara itu bagi bayi lelaki, lima nama teratas untuk nama bayi popular adalah masih menjadi milik Muhammad, Noah, Theo, Leo dan Oliver.

 

Manakala nama Ahmed, Mateo, Musa, Sam, Austin, Cody, Hamza, Frankie, Harvey, Felix, John, Eddie, Elias, Jake dan Junior adalah nama yang baharu memasuki senarai kategori nama popular bayi lelaki 2023.

 

Sumber: BabyCentre