Pakat Buat ‘Content’ Guna Jubah Konvo, Ini Nasihat Naib Canselor UiTM, “Ia Simbol Ilmu..”

Ketika ini, kebanyakkan universiti awam sedang mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen buat graduan masing-masing, diserata lokasi di Malaysia.

 

Disebalik keseronokkan meraikan para graduan yang memperoleh ijazah masing-masing, timbul isu yang mana segelintir graduan menggunakan jubah konvokesyen untuk pelbagai ‘content’ di media sosial.

pakat buat ‘content’ guna jubah konvo, ini nasihat naib canselor uitm, “ia simbol ilmu..”

Perkara itu menarik perhatian Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin yang menasihatkan para graduan untuk menghormati jubah konvokesyen sebagai satu pakaian istiadat yang penuh makna.

pakat buat ‘content’ guna jubah konvo, ini nasihat naib canselor uitm, “ia simbol ilmu..”

“Tapi perasaan hormat itu perlu ada kerana bukan sembarangan dan calang-calang individu boleh menyarung jubah berkenaan

“Kami ahli akademik juga menyarung jubah berkenaan sebagai tanda dan simbol ilmu yang dijunjung.

“Pemakaian songkok mahupun mortar-board (topi mortar atau konvokesyen) dipakai oleh mahasiswa sebenarnya antara takrifannya adalah menjunjung ilmu ditauliahkan kepada mereka,” kata beliau.

 

@uitm_channel Naib Canselor Menasihati Para Graduan Menghormati Jubah Konvokesyen #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA

 

 

Dalam pada itu, beliau turut berkata pakaian istiadat itu perlu diletakkan sejajar dengan statusnya yang sangat mulia dan tinggi, yang dianugerahkan kepada graduan.

pakat buat ‘content’ guna jubah konvo, ini nasihat naib canselor uitm, “ia simbol ilmu..”

“Kena ingat firman Allah itu dari sisi Allah maka ilmu yang saudara dan saudari pegang itu sangat mulia tinggi.

“Maka pakaian itu melambangkan ilmu. Perihal pakaian itu tatacara dan adabnya perlulah dianugerahkan kepada pakaian ilmu yang saudara saudari pakai,” katanya lagi.

 

Sumber: TikTok uitm_channel