Nabil Ahmad Terapkan Nilai Murni Dan Pengajaran Dalam Siri Animasi ‘Super Nabil’

Selepas kejayaan siri animasi ‘Lu Pikir La Nabil, Tuudeh…!’, Astro meneruskan karya hebat ciptaan selebriti versatil Malaysia, Nabil Ahmad dengan siri musim terbaharu, ‘Super Nabil’.

nabil ahmad terapkan nilai murni dan pengajaran dalam siri animasi ‘super nabil’

Berbeza dengan penceritaan sebelumnya, animasi kali ini  memberi penekanan terhadap nilai murni dan pengajaran yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan para penonton, khususnya golongan kanak-kanak. 


Siri animasi ini merupakan spin-off daripada kisah penceritaan zaman kanak-kanak Nabil Ahmad yang diselitkan dengan pelbagai pengajaran dan moral yang bermanfaat. Mengikut jejak langkah ‘Lu Pikir La Nabil’, penceritaannya menerusi 12 episod masih mengekalkan sisi nostalgik serta pembawaan elemen tradisional. Namun menerusi ‘Super Nabil’ yang ditayangkan di Astro Ceria, konsep comedy dan sci-fiction yang ditonjolkan bertujuan untuk memberi keserasian terhadap minat para penonton dengan elemen ‘superhero’ yang lebih dekat di hati kanak-kanak pada masa kini.

nabil ahmad terapkan nilai murni dan pengajaran dalam siri animasi ‘super nabil’
Nabil Ahmad, pencipta idea asal serta pelakon suara watak utama siri animasi ini, berkata “Setelah menerima maklum balas yang amat baik dari para peminat dan penonton siri animasi Lu Pikir la Nabil sebelum ini, saya bersama Astro dan pihak produksi telah menjalankan survey bagi menghasilkan siri terbaharu ini. Maka terciptalah ‘Super Nabil’ yang di inspirasikan dari pengalaman saya sewaktu kecil bersama rakan-rakan ketika bermain permainan tradisional. Nama siri baharu ini dipilih kerana bersesuaian  dengan jalan cerita yang banyak elemen komedi dan sci-fiction yang begitu dekat di hati kanak-kanak masa kini”.

nabil ahmad terapkan nilai murni dan pengajaran dalam siri animasi ‘super nabil’
Selain menampilkan jalan cerita kelakar, ‘Super Nabil’ padat dengan pengajaran mengenai pentingnya keyakinan diri melalui kelebihan yang dimiliki. Tambah Nabil, setiap manusia perlu percaya pada diri mereka sendiri berbanding sumber luar kerana kekuatan diri itu datangnya dari dalaman. “Kejayaan kita bergantung kepada usaha kita sendiri” merupakan nasihat yang diberi menerusi kisah yang dilalui watak Nabil dalam siri animasi ini. 

nabil ahmad terapkan nilai murni dan pengajaran dalam siri animasi ‘super nabil’
“Saya berharap kekuatan yang dipaparkan dalam siri ini dapat membuka peluang dan membuka mata para penonton tentang keperluan memperluaskan animasi tempatan di Malaysia seperti animasi yang lain. Saya juga berharap agar ‘Super Nabil’ terpahat di hati para penonton di kalangan kanak-kanak   dan juga ibu bapa serta mendapat tempat sebaris dengan animasi-animasi tempatan popular”, tambah Nabil.