‘MyKid Bukan Dokumen Wajib Perlu Ada’, JPN Jelaskan Ada Yang Lebih Penting

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan kad MyKid yang dikeluarkan kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negara ini bukanlah satu dokumen wajib yang diperlukan.

‘mykid bukan dokumen wajib perlu ada’, jpn jelaskan ada yang lebih penting

Menurut JPN, sejak 2021 lagi sejumlah 160,000 permohonan MyKid diproses pihaknya dengan kira-kira 40,000 dokumen itu sudah diserahkan.

 

Bagaimanapun, JPN memaklumkan waris yang masih belum menerima MyKid agar tidak berasa bimbang kerana dokumen itu bukanlah satu kewajipan.

 

"Pertama saya nak jelaskan dahulu, Mykid bukan satu dokumen yang wajib perlu ada, paling penting sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN.

"Mykid adalah dokumen tambahan, sebenarnya tak perlu bimbang, tak perlu risau, tak akan kena tangkap kalau tiada MyKid, tak ada masalah," katanya.

 

Terdahulu, ada waris yang merungut masih belum menerima kad MyKid berikutan tiada bekalan kad itu di seluruh negara.

 

Meskipun tidak wajib, mereka yang mempunyai keperluan mendesak masih boleh membuat permohonan MyKid di pejabat JPN berdekatan.

 

Sumber: HMetro