Kumpulan K-pop wanita popular, BLACKPINK sekali lagi mencipta rekod dalam penstriman video di Youtube.
Menerusi lagu terbaharu berjudul “Shut Down”, kumpulan yang dianggotai empat gadis cantik ini berjaya melepasi jumlah tontonan 100 juta pada 21 September, selepas lima hari ditayangkan.
Ia menjadikan muzik video ke-12 daripada kumpulan itu yang meraih lebih 100 juta tontonan, bersama-sama lagu lain seperti “BOOMBAYAH,” “Playing with Fire,” “Whistle,” “As If It’s Your Last,” “Stay,” “DDU-DU DDU-DU,” “Kill This Love,” “How You Like That,” “Ice Cream,” “Lovesick Girls,” dan “Pink Venom.”
Sejak ia mula ditayangkan pada 16 September, muzik video “Shut Down” kini masih mengungguli takhta di tempat pertama video trending Youtube dalam kategori muzik, dengan lebih 7.4 juta tanda suka.
Sumber: Youtube