MRT Bakal Perkenal Gerabak Wanita Bagi Laluan Kajang Tak Lama Lagi

Sebuah gerabak khas yang hanya dikhaskan untuk wanita akan diperkenalkan dalam masa terdekat bagi pengguna laluan MRT Kajang.

mrt bakal perkenal gerabak wanita bagi laluan kajang tak lama lagi

Menurut Anthony Loke, Menteri Pengangkutan berkata ujian percubaan akan dijalankan dan beliau akan mengumumkan tarikh berkuatkuasa perkhidmatan baru ini. Beliau juga menyebut bahawa inisiatif ini merupakan sebahagian daripada siri pelan untuk mencipta persekitaran yang selesa bagi wanita ketika menggunakan kemudahan ini.

 

"Kami faham pengguna pengangkutan awam, terutamanya wanita, bimbang tentang keselamatan mereka. Oleh itu, kami akan mencuba memperkenalkan gerabak khas untuk wanita di Laluan MRT Kajang dan menilai maklum balas daripada pengguna," kata beliau.

 

Loke mengakui bahawa pelaksanaan konsep gerabak khas untuk wanita di MRT akan menghadapi cabaran berbanding KTM Komuter. Ini disebabkan wujud perbezaan antara kedua-dua perkhidmatan tersebut. KTM Komuter meliputi jarak yang lebih jauh dengan stesen yang lebih sedikit, manakala MRT dan LRT adalah perkhidmatan pengangkutan yang lebih cepat.

 

"MRT dan LRT mempunyai empat gerabak setiap satu, manakala KTM Komuter mempunyai enam gerabak, dengan salah satu daripadanya dikhaskan sebagai gerabak wanita. Dengan hanya empat gerabak di MRT, termasuk satu untuk wanita, terdapat cabaran operasi.

“Tambahan pula, pergerakan pesat penumpang dalam sistem pengangkutan ini menjadikan ia sukar dikawal. Walaupun begitu, kami akan berusaha kerana kami faham pengguna wanita berminat dengan perkhidmatan ini," tambahnya.

mrt bakal perkenal gerabak wanita bagi laluan kajang tak lama lagi

Terdahulu, KTM Komuter telah memperkenalkan gerabak khas untuk wanita pada 28 April 2010, sebagai respons kepada keperluan penumpang wanitanya yang membentuk 60% daripada jumlah penumpang. Gerabak khas untuk wanita ini dapat dikenal pasti dengan pelabelan stiker berwarna pink yang memaparkan perkataan "Gerabak Khas Wanita" pada bahagian luar dan dalam gerabak. Terdapat juga kawasan menunggu khas untuk wanita di stesen KTM.

 

Sumber: NST