Hanya Ada 200 Unit, Motor Terbang Ini Mula Dijual Pada Harga RM2.8 Juta Seunit

Jika anda mengimpikan untuk ‘terbang’ sambil memandu, motosikal mewah ini adalah pilihan yang ada untuk anda.

hanya ada 200 unit, motor terbang ini mula dijual pada harga rm2.8 juta seunit

Dihasikan oleh firma Jepun, A.L.I Techologies telah memperkenalkan motosikal terbang, atau hoverbike yang diberi nama XTurismo.

hanya ada 200 unit, motor terbang ini mula dijual pada harga rm2.8 juta seunit

XTurismo yang hanya dihasilkan sebanyak 200 unit telah dibuka untuk tempahan dan penghantaran kepada pembeli dijadualkan akan bermula pada suku pertama 2022.

hanya ada 200 unit, motor terbang ini mula dijual pada harga rm2.8 juta seunit

Dijual pada harga 77.7 juta Yen (kira-kira RM2.8 juta), motosikal mewah ini pasti menarik minat pencinta kenderaan bermotor. Bagaimanapun, motosikal ini tidak sah digunakan di jalan raya biasa dan hanya boleh terbang di kawasan litar atau kawasan persendirian.

hanya ada 200 unit, motor terbang ini mula dijual pada harga rm2.8 juta seunit

Satu sesi pratonton ujian penerbangan XTurismo Limited Edition juga telah diadakan di Fuji Speedway pada 26 Oktober lalu bagi membuktikan kemampuan motosikal itu untuk terbang dan terapung.

Motosikal yang dijana dengan trenkuasa hibrid, mampu terbang hingga 40 minit dengan kelajuan maksimum 100kmj.

 

Sumber: ALIXturismo, RobReport