Kelibat Motor ‘Legend’ Dalam Siri Baru Marvel Buat Peminat RXZ Teruja

Umum sedia maklum siri dan filem terbitan Marvel amat digemari ramai dan mendapat tontonan tinggi serata dunia.

.

Tayangan cerita adiwira buatan Amerika Syarikat yang berasaskan watak-watak yang disiarkan dalam bahan-bahan terbitan Marvel Comics ini akan tampil dengan siri terbaharu mereka berjudul Ms. Marvel mulai 8 Jun ini di Disney+.

kelibat motor ‘legend’ dalam siri baru marvel buat peminat rxz teruja

Baru-baru ini juga Marvel Entertainment menerusi laman Youtube rasmi mereka telah memuatnaik video pendek berdurasi 30 saat yang memaparkan klip daripada trailer rasmi siri berkenaan.

.

Namun apa yang menarik perhatian segelintir warga negara ini adalah kelibat motosikal RXZ yang cukup sinonim dengan kita dalam klip video terbabit.

kelibat motor ‘legend’ dalam siri baru marvel buat peminat rxz teruja

kelibat motor ‘legend’ dalam siri baru marvel buat peminat rxz teruja

Meskipun hanya untuk beberapa saat, ia sudah cukup membuatkan ramai penonton dari Malaysia berasa teruja, malah ada yang berseloroh yang harga motosikal ini akan meningkat selepas tayangan siri Marvel itu nanti.

kelibat motor ‘legend’ dalam siri baru marvel buat peminat rxz teruja

Sumber: [1], [2]