Monyet Liar Culik Bayi Manusia, Bawa Ke Tempat Tinggi dan Lempar Ke Bawah

Seorang bayi dilaporkan maut selepas diculik oleh seekor monyet sebelum dilemparkan ke bawah dari tempat tinggi.

monyet liar culik bayi manusia, bawa ke tempat tinggi dan lempar ke bawahFoto hiasan

 

Bayi berusia empat bulan itu telah diculik dari pelukan bapanya sebelum dia dibawa naik ke sebuah rumah tiga tingkat.

 

Kejadian berlaku di Uttar Pradesh, India beberapa bulan lalu apabila si bapa sedang berjalan membawa anaknya dalam pelukan sebelum seekor monyet secara tiba-tiba merampas bayi berkenaan.

 

Si bapa tidak dapat menyelamatkan bayinya selepas monyet itu membuang bayi berkenaan dari tempat tinggi. Bayi itu ditemui maut ketika kejadian.

 

Insiden monyet liar di Uttar Pradesh didapati semakin meruncing sehingga ada kes kumpulan monyet yang memasuki bangunan untuk mendapatkan makanan. Malah ada laporan yang menyatakan monyet-monyet ini menyerang manusia.

 

Beberapa hari lalu, seorang lelaki berusia 40 tahun juga maut selepas terjatuh dari bumbung ketika diserang sekumpulan monyet di Dunka dekat Bareilly.

 

Sumber: MStar