Aktif Sukan dan Jarang Mandi, Ketahui Rahsia Kecantikan Pelakon Wanita Ini

Jika anda meminati siri web Pretty Little Liars dari Indonesia, pasti anda kenal dengan pelakon cantik dari seberang ini.

aktif sukan dan jarang mandi, ketahui rahsia kecantikan pelakon wanita ini

Anya Geraldine, pelakon dan juga model, selebriti serta usahawan, cukup dikenali ramai menerusi beberapa filem lakonannya.

 

Mempunyai wajah jelita, gadis berusia 27 tahun ini juga aktif bersukan bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat. Namun siapa sangka, Anya sebenarnya mempunyai tabiat jarang mandi?

aktif sukan dan jarang mandi, ketahui rahsia kecantikan pelakon wanita ini

Memetik laporan dari sebuah portal hiburan, Anya mengakui beliau adalah seorang wanita yang jarang sekali mandi. Katanya, aktiviti harian yang dilaluinya tidak melibatkan pengeluaran peluh yang banyak, maka beliau hanya membiarkan tubuh segar tanpa sebarang air mengenai tubuhnya.

aktif sukan dan jarang mandi, ketahui rahsia kecantikan pelakon wanita ini

Namun kata Anya, jika dia perlu mandi, dia akan menghabiskan masa yang lama dalam bilik air, hingga mencecah satu dan dua jam lamanya!

 

Antara ‘rahsia’ yang digunakan beliau untuk mengekalkan kecantikan adalah:

- Beliau pandai menggunakan alat solek, dengan trend terbaharu seperti gincu ombre, teknik shading dagu, blending eyeshadow dan sebagainya.

- Anya juga pandai beraksi hebat di hadapan kamera. Beliau memang gemar selfie, jadi beliau tahu sudut tertentu uang membuatkan dirinya nampak cantik setiap kali berada dalam gambar. Dah nama pun model..

aktif sukan dan jarang mandi, ketahui rahsia kecantikan pelakon wanita ini

Selain itu, Anya akan memastikan dirinya cergas setiap hari bagi mendapatkan bentuk tubuh badan yang diinginkan. Beliau gemar untuk menunggang kuda, berbasikal dan lain-lain aktiviti kecergasan lain.

 

 

Sumber: NONA