Mo Salah Ditawar Gaji RM14.4 Juta Seminggu Untuk Tinggalkan Liverpool

Pemain sensasi pasukan Liverpool, Mohamed Salah kini ditawarkan gaji mencecah 2.45 juta pound (kira-kira RM14.4 juta) seminggu bagi menyertai pasukan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

mo salah ditawar gaji rm14.4 juta seminggu untuk tinggalkan liverpool

Untuk itu, pasukan Al-Ittihad sanggup membuat tawaran mega mencecah 215 juta pound (kira-kira RM1.26 bilion) untuk melembutkan hati pengurusan Liverpool dan juga jurulatihnya, Jurgen Klopp.

 

Bukan itu sahaja, pemain berusia 31 tahun itu turut ditawarkan wang besar daripada hasil jualan jersi, bonus kemenangan 55,000 pound (RM323,000).

 

Malah, Salah juga bakal dilantik sebagai duta bagi sekurangnya tiga syarikat utama Arab Saudi sepanjang tempoh kontraknya andai dia sudi menerima tawaran ini.

mo salah ditawar gaji rm14.4 juta seminggu untuk tinggalkan liverpool

Kesungguhan Al-Ittihad untuk mendapatkan Salah dapat dilihat menerusi wakil kelab tersebut yang terbang ke London pada Selasa untuk melakukan usaha terakhir mengikat bintang utama The Reds, sebelum jendela perpindahan mereka ditutup pada Khamis ini.

 

Difahamkan, andai mereka gagal mendapatkan Salah pada musim kali ini, mereka akan cuba sekali lagi pada awal tahun depan.

 

Bagaimanapun, Klopp tetap berkeras untuk tidak melepaskan Salah.

 

Sumber: Astro AWANI