Kalau dah nama pun mitos, mestilah tidak semua yang kita dengar itu bermaksudnya benar. Masa kita kecil dahulu mesti kita selalu dengar beberapa mitos yang dikatakan oleh orang-orang tua dan pasti ada sebahagiannya kita mungkin percaya kan?
Menurut sebuah video perkongsian oleh Dr. Samhan di akaun TikTok miliknya, beliau ada berkongsi 3 mitos tentang mata yang mungkin ramai orang percaya selama ini:
Tengok Television dengan jarak dekat boleh buat mata jadi rosak.
- Sebenarnya jika tengok TV dengan jarak yang dekat ianya hanya akan menyebabkan rasa sakit kepala tapi tidak akan menjejaskan penglihatan.
Baca buku dalam gelap akan membuatkan mata jadi rabun.
- Baca buku dalam gelap hanya akan membuatkan mata jadi penat dan rasa sakit kepala tetapi tidak sampai menyebabkan penglihatan mata merosot.
Pakai cermin mata membuatkan penglihatan menjadi semakin teruk.
- Penglihatan mata tak akan merosot disebabkan oleh cermin mata. Preskripsi tahap mata mungkin akan berubah tetapi bukan disebabkan oleh cermin mata.
Siapa sangka yang semua ini hanyalah mitos semata-mata kan? Tetapi walau bagaimanapun, kita mestilah sentiasa menjaga kesihatan mata kita.
Sumber: Tiktok @Dr.Samhan