Siapa sangka daripada minat menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa, kini hobi itu telah diterjemahkan kepada satu jenama tudung yang semakin mendapat tempat di hati para hijabi di Malaysia.
Roos Scarves, satu jenama tudung yang telah mencipta fenomena trend para hijabi di Malaysia, adalah ilham pasangan suami dan isteri, En. Safiudin Nordin dan Puan Siti Afiqah Hamzah.
Idea tercetusnya jenama Roos Scarves ini timbul selepas En Safiudin melihat isterinya banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros ketika pandemik COVID-19 pada hujung tahun 2021.
Melihat kepada pelbagai rupa, warna serta jenis bunga Ros membuatkan mereka terfikir mengapa tidak ia diadaptasi kepada sehelai tudung? Maka dari situ terhasilah jenama Roos Scarves, dengan mengambil perkataan Roos daripada bahasa Dutch yang juga membawa maksud mawar.
Baru-baru ini, jenama Roos Scarves telah diperkenalkan secara rasmi dalam satu majlis ekslusif dengan mengetengahkan corak ros sebenar.
“Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022.
“Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung.
“Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
“Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.
Tambah En. Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi.
Roos Scarves kini dibuka di butik Roos Scarves dekat Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Layari laman sesawang www.roosscarves.com untuk info lanjut.