Sebuah syarikat di Sweden bernama Epicenter mendakwa telah berjaya mencipta mikrocip bersaiz sebiji beras yang boleh di tanam dibawah kulit manusia.
Mikrocip pelbagai fungsi itu bertindak sebagai simpanan rekod vaksinasi COVID-19, data pasport serta membuat pembayaran tanpa tunai.
Setakat ini, kira-kira 6,000 orang di Sweden sudah menerima suntikan cip itu pada tangan mereka.
Cip yang menggunakan protokol komunikasi medan dekat (NFC), boleh memindahkan data melalui gelombang elektromagnet dan juga untuk pelbagai tujuan lain termasuklah menyimpan rekod vaksinasi COVID-19.
‘’Ketika ini ia dengan mudah menyimpan rekod vaksinasi Covid-19 yang sentiasa boleh diakses pada implan anda.
‘’Jika telefon anda kehabisan bateri, ia sentiasa boleh diakses. Jadi itu cara kita guna teknologi hari ini. Tahun depan kami akan menggunakannya untuk sesuatu perkara lain,’’ jelasnya.
Menurut pengasas bersama dan CEO syarikat, Patrick Mesterton, mikrocip itu bakal memberi faedah terbesar yang beliau fikir adalah sebagai satu kemudahan.
‘’Secara asasnya ia menggantikan banyak alatan yang anda miliki termasuk peranti komunikasi lain, sama ada diguna untuk kad kredit atau sebagai kunci,’’ jelasnya.
Sumber: [1]