Lionel Messi Rangkul Ballon d’Or Untuk Kali-8, Tewaskan Haaland dan Mbappe

Bintang bolasepak, Lionel Messi sekali lagi telah mencipta nama sebagai pemenang Ballon d'Or untuk kali kelapan dalam kariernya.

lionel messi rangkul ballon d’or untuk kali-8, tewaskan haaland dan mbappe

Bagi Messi, trofi itu memberi ganjaran di atas segala persembahan penuh gemilang kariernya pada Piala Dunia tahun lalu di Qatar, apabila dia membawa pasukan Argentina selaku juara, dengan menjaringkan tujuh gol dan dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

 

Ia merupakan detik kemuncak dalam kariernya yang menakjubkan, dan ia membolehkannya mengatasi saingan sengit, khususnya dari Erling Haaland dan Kylian Mbappe, untuk mengambil anugerah Ballon d’Or atas pentas Teater Chatelet di Paris, awal pagi tadi.

lionel messi rangkul ballon d’or untuk kali-8, tewaskan haaland dan mbappe

“Ini adalah hadiah kepada seluruh pasukan Argentina atas apa yang kami capai,” kata Messi di atas pentas selepas menerima anugerah tersebut daripada David Beckham, yang kini selaku pemilik bersama Inter Miami.

 

Messi turut mendedikasikan trofi itu kepada mendiang legenda Argentina Diego Maradona, yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-63 pada hari Isnin.

 

"Selamat hari lahir Diego. Ini untuk awak juga," katanya.

Messi yang kini berusia 36 tahun telah memenangi Ballon d'Or pertamanya pada 2009, sebelum mengulangi kemenangan pada 2010, 2011, 2012, 1025, 2019 dan 2021.

 

 

Untuk info, bagi musim ini Mbappe menduduki tempat ketiga dalam senarai Ballon d’Or, manakala penyerang Norway, Haaland menduduki tempat kedua selepas menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan untuk pasukan Manchester City yang memenangi treble Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

 

Sumber: Eurosport