Meriahkan Raya Korang Dengan #RancakRaya Di TikTok!

Sempena sambutan Aidilfitri yang dinamik pada tahun ini, TikTok telah memperkenalkan kempen #RancakRaya yang mengalu-alukan para pengguna untuk berkongsi detik-detik istimewa bersama sanak saudara dan rakan taulan serta menyambut ketibaan musim lebaran menerusi pelbagai konten khas hasil ciptaan warga komuniti.

meriahkan raya korang dengan #rancakraya di tiktok!

“Meskipun terkekang sepanjang dua tahun yang lalu, kita dapat melihat warga Malaysia membuat penyesuaian dan menikmati sambutan Aidilfitri melalui platform dalam talian untuk bukan sahaja berhibur, tapi juga untuk mengambil bahagian secara aktif dalam berkongsi detik-detik riang.

“Sebuah tinjauan yang melibatkan pengguna TikTok menunjukkan bahawa lebih daripada separuh (54 peratus) rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa di media sosial ketika bulan Ramadan lantas menyumbang kepada lebih 32 bilion tontonan pada bulan Ramadan 2021 sahaja, iaitu peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding bulan bukan Ramadan,” kata Darren Quek, Pengurus Operasi Strategi, TikTok Malaysia.

“Setelah sekian lama, warga Malaysia dapat menyambut ketibaan Hari Raya dengan sepuas hati mereka seperti sedia kala, dan kami ingin menggunakan peluang ini untuk menyertai sambutan Raya mereka yang bakal dinikmati bersama sanak saudara dan rakan taulan. Menerusi #RancakRaya, kami ingin memberi ilham kepada rakyat Malaysia dengan topik-topik popular yang sebati dengan musim lebaran seperti makanan, fesyen, muzik, filem, tip persiapan, dan sambutan itu sendiri,” tambah beliau.

Rancak Raya Berpaksikan Lagu Raya Original TikTok

Untuk membuka tirai cabaran Rancak Raya, TikTok telah menghimpunkan para pembikin muzik yang meliputi Fatia, iaitu artis naungan TikTok yang pertama di peringkat global, Khai Bahar, dan Izzue Islam, di samping penyanyi selebriti Yazmin Aziz dan Razmansyah, serta para pencipta dari vertikal  memasak, pendidikan, siaran langsung, hiburan, sukan, dan kecantikan untuk membawakan sebuah lagu Raya original TikTok, Rancak Raya yang menyuluh keterujaan serta penantian sambutan Hari Raya yang akan dinikmati bersama ahli keluarga dan rakan taulan sekali lagi. Para pengguna juga boleh mengambil bahagian dalam cabaran tarian dengan memuat naik aksi tarian masing-masing.

Muat turun atau lancarkan aplikasi TikTok anda sekarang dan sertai sambutan #RancakRaya. TikTok disediakan secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Dengarkan Rancak Raya di TikTok atau Spotify.