Laungan ‘Merdeka’ Bergema, Menara Kedua Tertinggi Di Dunia, Merdeka 118 Dirasmikan [Video]

Menara Merdeka 118, yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia, kini menjadu mercu tanda baharu Malaysia, selepas ia dibuka secara rasmi malam tadi (10 Jan).

laungan ‘merdeka’ bergema, menara kedua tertinggi di dunia, merdeka 118 dirasmikan [video]

Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.

 

Majlis perasmian bangunan setinggi 678.9 meter itu dihiasi dengan gimik perasmian yang bermula pada jam 10.15 malam.

laungan ‘merdeka’ bergema, menara kedua tertinggi di dunia, merdeka 118 dirasmikan [video]

Lengkap dengan lampu warna-warni menyinari bangunan baharu kebanggaan negara, berserta laungan ‘Merdeka’ sebanyak tiga kali oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

 

@mat.civil

Perasmian PNB 118

♬ Negaraku - Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir

 

Untuk info, reka bentuk menara ini secara simboliknya melambangkan imej Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa beliau mengangkat tangan melaungkan ‘Merdeka’ pada 64 tahun lalu.

 

Dalam majlis sama, Seri Paduka Baginda turut merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah, yang mana merupakan salah satu kemudahan yang disediakan di Merdeka 118, selain pusat beli-belah, kediaman, pejabat dan lain-lain.

 

Sumber: Tiktok / Kosmo!