Awas, Guna ‘Fake Account’ Untuk Mengendap Boleh Kena Tindakan!

Pernahkah anda mempunyai lebih daripada satu akaun media sosial dan salah satunya digunakan untuk tujuan mengendap?

awas, guna ‘fake account’ untuk mengendap boleh kena tindakan!

Tahukah anda, tindakan menghendap dengan menggunakan akaun palsu boleh dikenakan tindakan sekiranya identiti mereka dikesan melalui sistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

 

Ia susulan Dewan Negara pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan seksyen baharu 507A dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan menghendap.

 

Pun begitu, siasatan akan tetap dilakukan sebelum sebarang tindakan dibuat meskipun individu itu dikesan bersalah menggunakan akaun palsu atau ‘fake account’.

 

"Dalam hal ini, SKMM perlu mengambil langkah proaktif untuk mengesan siapakah di belakang akaun palsu yang diwujudkan itu,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

 

Ujarnya lagi, isu menghendap ini bukan lagi isu baharu memandangkan banyak negara sudah memperkenalkan undang-undang berkenaan bagi tujuan menangani masalah itu.

awas, guna ‘fake account’ untuk mengendap boleh kena tindakan!

"Perbuatan menghendap hari ini bukan sahaja melibatkan perbuatan fizikal semata-mata seperti dahulu, tetapi turut dilakukan menggunakan media sosial serta menggunakan alat pengesan seperti alat sistem pengesanan global dan juga dron,” katanya.

Tambah beliau, mengikut Seksyen 507A ini, perbuatan menghendap itu haruslah berulang sekurang-kurangnya dua kali, diikuti terdapat gangguan dan mangsa berada dalam keadaan stres atau ketakutan.

 

Sumber: Sinar Harian