Satu Lagi Menara Pencakar Langit Bakal Dibina Lebih Tinggi Dari Burj Khalifa?

Ketika menara Burj Khalifa memegang rekod sebagai menara tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter, ada satu lagi menara dilapor akan dibina dan bakal merampas takhta itu, dikenali sebagai Menara Jeddah.

satu lagi menara pencakar langit bakal dibina lebih tinggi dari burj khalifa?

Pencakar langit yang juga digelar sebagai Kingdom Tower dilapor akan mempunyai ketinggian lebih 1,000 meter, bakal dibina di Arab Saudi.

 

Menurut laporan, menara itu akan mempunyai hotel, pejabat, pangsapuri servis serta kondominium mewah. Kos pembinaan Menara Jeddah ini juga dijangka menelan belanja sekitar AS$1.23 bilion (kira-kira RM5.71 bilion).

satu lagi menara pencakar langit bakal dibina lebih tinggi dari burj khalifa?

Dilaporkan juga projek pencakar langit yang masih belum diketahui garis masa itu akan menjadi tumpuan utama projek Jeddah Economic City yang sebelum ini dikenali sebagai Kingdom City. Namun ada laporan awal mengatakan ia akan siap dibina pada tahun 2026.

 

Sekadar info, menara kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118, akhirnya telah dirasmikan di Kuala Lumpur, mempunyai ketinggian 678.9 meter.

laungan ‘merdeka’ bergema, menara kedua tertinggi di dunia, merdeka 118 dirasmikan [video]

Baca: Laungan ‘Merdeka’ Bergema, Menara Kedua Tertinggi Di Dunia, Merdeka 118 Dirasmikan [Video]

 

Sumber: Kosmo!