Sebuah perkahwinan dibuat bertujuan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan stabil. Perkahwinan tidak hanya melibatkan hubungan emosi, tetapi juga tanggungjawab, pengorbanan, dan komitmen yang saling melengkapkan antara pasangan tersebut.
Sebaik sahaja menjadi pasangan suami dan isteri, sudah pasti rutin harian akan berbeza berbanding ketika bujang.
Itu yang terjadi kepada pasangan ini apabila si isteri dilihat menangis mengadu letih selepas seminggu berkahwin.
Menurut pengantin dari negara jiran ini, ketika zaman bujangnya dahulu segala urusan rumah tangga termasuklah memasak disediakan oleh ibu, tetapi kini segalanya perlu dilakukan olehnya.
Menerusi video di Tiktok @baihakidisini, wanita tersebut mula belajar untuk bangun pagi bagi menyediakan sarapan kepada suaminya. Berbeza ketika zaman bujangnya dahulu, beliau hanya bangun pada jam 11 pagi dan segalanya telah disediakan ibu.
“Penat urus orang. Biasa ibu yang uruskan semuanya. Bangun pagi-pagi mengantuk. Selalu bangun pukul 11 dan makanan dah ada atas meja.”
Video berkenaan mendapat jutaan tontonan dan ribuan komen. Rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pengantin baharu ini. Malah, ada juga yang bimbang dengan nasib mereka selepas berkahwin kelak.
Sumber: Tiktok