Menang Wang Tunai Dalam Pelbagai Peraduan Di ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN!

Tahukah anda, selain mendengar pelbagai pilihan lagu menarik yang dimainkan di radio, anda juga berpeluang untuk menang wang tunai tau?

 

Menerusi radio ERA, SINAR, GEGAR dan juga ZAYAN, ada beberapa peraduan yang anda boleh sertai untuk peluang anda menang wang tunai! Check out peraduan-peraduan yang berikut:

 

ERA: Lirik Petik ERA

Teka tajuk lagu di ERA dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara.

menang wang tunai dalam pelbagai peraduan di era, sinar, gegar & zayan!

o     Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

o     Peserta perlu meneka tajuk lagu berdasarkan klip bunyi yang dimainkan oleh personaliti ERA. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram ERA.

o     Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM150.

o     Dapatkan maklumat tentang ‘Lirik Petik ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

 

SINAR: Korus SINAR

Nyanyi bahagian korus dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara

menang wang tunai dalam pelbagai peraduan di era, sinar, gegar & zayan!

o     Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

o     Pilih penyanyi dari dua pilihan yang dikongsikan oleh SINAR di platform media sosial dan nyanyikan bahagian korus dari lagu yang diminta oleh personaliti SINAR.

o     Peserta yang berjaya menyanyikan bahagian korus mengikut permintaan personaliti SINAR akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150 pada setiap pusingan.

o     Dapatkan maklumat tentang ‘Korus SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

 

GEGAR: Gelak GEGAR

Teka suara selebriti di GEGAR untuk peluang menang RM100, dari 26 Feb hingga 13 Mac

menang wang tunai dalam pelbagai peraduan di era, sinar, gegar & zayan!

o     Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

o     Teka suara selebriti yang bergelak ketawa dari audio yang dimainkan oleh personaliti SINAR. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram dan Facebook GEGAR.

o     Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM100.

o     Dapatkan maklumat tentang ‘Gelak GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

 

ZAYAN: FBI Buat Apa?

Teka perbuatan di ZAYAN dan menang wang tunai RM200 dari sekarang hingga 3 Mac di udara

menang wang tunai dalam pelbagai peraduan di era, sinar, gegar & zayan!

o     Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

o     Teka perbuatan yang dilakukan oleh FBI, personaliti ZAYAN, mengikut gambar yang dimuat naik menerusi Instagram dan Facebook ZAYAN.

o     Setiap tekaan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200 dan wang tunai akan dibawa ke pusingan seterusnya, jika jawapan yang diberikan adalah salah.

o     Dapatkan maklumat tentang ‘FBI Buat Apa?’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

 

Checkout frekuensi FM menerusi laman web setiap radio berikut dan juga lebih mudah jika anda strim pelbagai jenama radio menerusi aplikasi SYOK! Download disini  Download SYOK.