Memerang Boleh Menyerang Jika Berasa Terancam Dengan Manusia

Memerang mungkin kelihatan comel dan suka bermain, tetapi orang ramai dinasihatkan supaya tidak membelai mereka kerana haiwan tersebut mampu bertukar menjadi berbahaya jika mereka berasa terancam oleh manusia.

memerang boleh menyerang jika berasa terancam dengan manusia

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Negeri Dr Augustine Tuuga, disebabkan kelakuan mereka yang bersifat ‘territorial’, mereka berupaya menyerang manusia.

“Memerang mempunyai gigi taring yang tajam. Demi keselamatan kedua-dua manusia dan memerang, sebaiknya jangan sentuh atau beri mereka makan apabila terserempak dengan haiwan ini,” katanya.

Kebiasaanya memerang memakan haiwan akuatik seperti ikan, ketam dan katak.

Tuuga memberi nasihat tersebut selepas tular video yang menunjukkan sekumpulan pengunjung taman membelai dan memberi makan memerang, yang dipercayai haiwan peliharaan seseorang, di Taman Tun Fuad Stephens di Bukit Padang.

Beliau berkata haiwan yang dirakam dalam video itu adalah memerang bersalut licin dan merupakan spesies yang dilindungi di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Tuuga berkata ia biasanya ditemui di kawasan sungai atau tasik dan merupakan petunjuk penting untuk habitat sungai yang sihat.

Tambahnya, orang ramai tidak digalakkan memberi makanan, membelai atau mengganggu haiwan itu untuk mengelakkan sebarang penularan penyakit dan mengekalkan kesihatan memerang.

Ditanya sama ada orang ramai dibenarkan memelihara memerang sebagai haiwan peliharaan, beliau berkata ya, dengan syarat individu tersebut mendapat kebenaran daripada jabatan terbabit.

Pemohon perlu disaring dan diakses sebelum mereka diberikan permit untuk menternak haiwan ini, menurut Tuuga.

Antara syarat yang perlu dipenuhi termasuk perlu menyediakan kandang atau ruang perayauan sesuai yang luas dan mengandungi air tawar bersih untuk ia berendam.

 

Sumber: [1]