MEGA SPONTAN, Game Show Lawak Spontan Terbaharu Berskala Besar Di Astro Mulai 19 Mei Ini

Astro Warna kini kembali memberikan hiburan kepada para penonton Astro dengan permainan lawak spontan terbaru dalam skala besar tahun ini, menerusi kerjasama dengan KLPOST dalam rancangan "MEGA SPONTAN".

mega spontan, game show lawak spontan terbaharu berskala besar di astro mulai 19 mei ini

Dengan menggunakan tema "Takhta Nusantara" dan menyatukan empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara, iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat, dan Campaktakjauh, rancangan komedi ini bertujuan untuk menguji daya kreativiti tiap ahli kumpulan dalam masa singkat untuk dinobatkan sebagai "Raja Kerajaan Takhta Nusantara".

 

Permainan ini bakal menyajikan juga kepada para penonton untuk menikmati keseronokan dan keunikan dari bakat-bakat komedi daripada generasi media sosial yang semakin meraih populariti luar biasa di berbagai platform hiburan.

mega spontan, game show lawak spontan terbaharu berskala besar di astro mulai 19 mei ini

Dalam "MEGA SPONTAN", terdapat 20 pemain yang dibahagikan menjadi empat kumpulan. Setiap kumpulan tidak hanya diisi oleh para pelawak "otai" dan selebriti-selebriti terkenal, tetapi juga termasuk wajah-wajah baru dari industri hiburan, influencer sosial media, dan orang biasa yang dipilih melalui uji bakat terbuka.

 

Acara ini akan menampilkan nama-nama pelawak terkenal seperti Roy Azman, Dato' Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam, dan Aya Amiruddin. Sementara itu, wajah-wajah baru yang akan muncul untuk pertama kali dalam hiburan komedi menerusi rancangan ini adalah pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot, serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri.

mega spontan, game show lawak spontan terbaharu berskala besar di astro mulai 19 mei ini

Acara ini juga menampilkan pengenalan mentor bagi setiap kumpulan yang akan membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale. Barisan mentor ini digalas oleh pelawak versatil tersohor negara termasuk Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

 

Rancangan ini diatur oleh Dato’ Afdlin Shauki sebagai Game Master, dimana beliau sendiri akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan.

mega spontan, game show lawak spontan terbaharu berskala besar di astro mulai 19 mei ini

MEGA SPONTAN akan berlangsung selama lapan (8) minggu secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (Saluran 107), dan juga melalui platform On Demand menerusi Astro Box serta aplikasi Astro GO.