Korea Utara telah mengarahkan rakyatnya untuk berkumur dengan air masin bagi merawat Covid, ketika negara yang masih belum menjalani vaksinasi itu bergelut menangani wabak virus yang ‘meletus’ itu.
“Rawatan tradisional adalah yang terbaik!” seorang wanita memberitahu penyiar negeri dalam wawancara televisyen, menurut Reuters.
Dia mendakwa anak-anaknya berkumur air garam dua kali sehari.
Air garam hanyalah satu daripada beberapa ubat rumah yang disyorkan negara dalam memerangi virus itu, tambah agensi berita tersebut.
Penduduk juga dilaporkan dinasihatkan untuk minum daun dedalu, ubat herba yang digunakan secara tradisional bagi melegakan simptom demam, sebanyak tiga kali sehari, menurut Reuters.
Seorang warga emas berkata dalam wawancara televisyen bahawa teh halia membantu melawan Covid, yang mana menurutnya, dia takut pada Covid pada mulanya, namun ternyata ia bukan masalah besar selepas mengikuti nasihat doktor.
Korea Utara kini menghadapi krisis Covid yang berpotensi membawa bencana, berikutan keupayaan ujian negara itu yang terhad ditambah pula dengan sistem penjagaan kesihatan yang mundur serta populasinya yang tidak divaksinasi.
Negara itu merupakan satu daripada dua negara, selepas Eritrea, yang telah menolak inisiatif perkongsian vaksin global.
Sehingga Selasa baru-baru ini, negara terpencil itu telah merekodkan lebih 1.7 juta kes ‘demam’ dan 62 kematian daripadanya, menurut saluran media negara Korean Central News Agency.
Menurut BBC, Korea Utara masih belum menyebut wabak ‘demam’ ini sebagai COVID-19, kerana keupayaan ujian yang lemah telah menghalang keupayaannya untuk mendiagnosis kes.
Pakar telah memberi amaran bahawa jumlah sebenar jangkitan Covid di negara itu mungkin jauh lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan.
Sabtu lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata bahawa wabak Covid di negara itu adalah kegawatan yang paling ketara sejak penubuhannya pada 1948.
Sumber: [1]