Komited Bantu Rakyat, McDonald’s Malaysia Perkenal Set Menu Rahmah

Restoran makanan segera terkemuka, McDonald’s Malaysia telah melancarkan Menu Rahmah sebagai usaha untuk menyediakan kepada seluruh rakyatdi negara ini hidangan McDonald’s pada harga hanya RM5.

komited bantu rakyat, mcdonald’s malaysia perkenal set menu rahmah

Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Menu Rahmah di McDonald’s adalah usaha dan komitmen McDonald’s dalam membantu serta meringankan beban masyarakat dalam isu peningkatan kos sara hidup.

komited bantu rakyat, mcdonald’s malaysia perkenal set menu rahmah

Terdapat tiga pilihan Menu Rahmah di McDonald’s Malaysia yang berharga RM5 iaitu:

•    Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

•    Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

•    McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

 

Menu Rahmah McDonald’s kini boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

komited bantu rakyat, mcdonald’s malaysia perkenal set menu rahmah

Selain itu, McDonald’s juga memperkenalkan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

 

McDonald’s juga akan melaksanakan kempen Promosi 30 Hari Ramadan yang mana para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik melalui aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Ramadan.

 

Dalam majlis sama, McDonald’s turut menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di Kajang dengan hidangan Menu Rahmah, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat ini dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.