Seorang wanita yang juga ibu muda maut selepas cuba mengeluarkan baju dalam mesin basuh yang masih belum berhenti berputar.
Mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik selepas menyangka mesin itu sudah berhenti berputar lalu memasukkan tangannya ke dalam peralatan tersebut.
.
Akibat tindakan itu, beliau terkena renjatan elektrik lalu dikejarkan ke hospital dengan segera. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di unit kecemasan.
Mangsa dibawa ke komuniti luar bandar Gameleira do Di di Campo Formoso, tempat keluarganya tinggal selepas bedah siasat selesai.
.
Beliau juga telah meninggalkan seorang suami dan anak lelaki yang masih berusia sembilan bulan.
Sumber: [1]