Sedih, Lelaki Maut Dilanggar Lepas Bantu Sekawan Itik Lintas Jalan

Seorang lelaki di California dilapor meninggal dunia secara tragik selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika membantu sekumpulan itik menyeberang jalan.

sedih, lelaki maut dilanggar lepas bantu sekawan itik lintas jalan

Kejadian itu berlaku pada hari Khamis lepas di Rocklin, yang terletak kira-kira 40 kilometer di timur laut Sacramento dekat California.

 

Menurut kenyataan polis, Casey Rivara, 41, keluar dari kenderaannya dan dilanggar oleh seorang pemandu remaja. Sehingga kini, tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian tersebut.

 

Seorang saksi bernama Summer Peterson berkongsi bahawa anak-anaknya turut hadir dan menyaksikan kemalangan itu terjadi.

sedih, lelaki maut dilanggar lepas bantu sekawan itik lintas jalan

Pada mulanya mereka menganggap tindakan lelaki yang membantu itik itu sebagai comel, namun perasaan mereka berubah menjadi terkejut apabila ada sebuah kereta secara tiba-tiba bertembung dengannya.

 

Casey digambarkan oleh keluarga dan kenalan sebagai suami dan bapa yang penyayang. Seorang rakan rapat menekankan bahawa kematiannya, selepas melakukan tindakan tanpa mengira diri, menunjukkan wataknya yang luar biasa.

 

Jabatan Polis Rocklin mengesahkan bahawa sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan mereka sedang mengkaji butiran kejadian tersebut.

 

Sumber: Astro AWANI