Akibat Kerja Lebih Masa, Pekerja Stesen TV Ini Mati Di Meja Pejabat

Seorang lelaki yang juga pekerja di sebuah stesen televisyen dilaporkan meninggal dunia di meja pejabatnya gara-gara bekerja lebih masa.

akibat kerja lebih masa, pekerja stesen tv ini mati di meja pejabat

Ekoran itu, Thai News Network (TNN) telah mengumumkan pampasan kepada keluarga Sarawut Bird Srisawas bernilai bersamaan 24 kali gaji bulanannya serta pampasan insurans.

 

“Bagi pihak syarikat, kami amat menyesali kehilangan ini. Syarikat akan membuat yang terbaik untuk membantu keluarga Sarawut,” demikian menurut kenyataan oleh syarikat itu.

 

Mendiang yang merupakan pekerja kanan di TNN telah ditemui mati di meja pejabat Jumaat lalu akibat serangan jantung. Menurut hantaran di media sosial, Sarawut kerap kerja lebih masa dan ada waktu dia perlu bekerja tujuh hari berturut-turut hingga jatuh sakit.

 

Meskipun beliau sedang cuti sakit, mendiang turut diarahkan untuk masuk ke pejabat untuk bekerja.

 

Insiden kematian Sarawut telah menyebabkan kontroversi di media sosial dengan ramai yang mengkritik pengurusan syarikat televisyen itu kerana membebabkan pekerja.

 

Sumber: Kosmo!