Seorang kanak-kanak lelaki di Britain hampir buta mata kirinya selepas dijangkiti COVID-19 yang telah menyebabkan kesan sampingan pada matanya.
Zac Morey, 9, dari Bristol hilang penglihatan pada mata kirinya selepas kurang seminggu disahkan positif COVID-19.
Ia menyebabkan kelopak matanya hampir tertutup sepenuhnya disebabkan jangkitan kulit yang dikaitkan dengan COVID-19, dinamakan selulitis orbital.
Selulitis orbita adalah jangkitan pada jaringan di rongga bola mata yang disebabkan oleh bakteria, kulat atau virus. Kondisi ini biasanya dialami oleh kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Meskipun kini kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun itu sembuh sepenuhnya daripada COVID-19, namun keluarganya masih risau dengan keadaan mata beliau.
“Matanya kelihatan seperti akan ‘tersembul keluar’.
“Tidak mungkin Zac dapat membuka matanya tanpa menarik kulit pada bahagian itu. Matanya bengkak dalam keadaan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,“ kata ibu Zac, Angela.
Menurut ibunya lagi, anaknya diuji negatif COVID-19 sebanyak dua kali sebelum beliau merasa sakit pada mata kirinya pada 22 Disember lalu.
“Menjelang malam Hari Krismas, kami membawanya ke hospital dan Zac diberikan ubat antibiotik jenis titisan selama dua hari.
“Mereka (pasukan perubatan) berkata sekiranya ia menjadi terlampau teruk, mata Zac berpotensi menjadi buta,” kata Angela.
Kemerahan dan gatal-gatal adalah antara kesan sampingan COVID-19 yang luar biasa seperti yang disenaraikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pelbagai kajian sebelum ini juga telah mengaitkan selulitis orbital dan koronavirus.
Sumber: [1]