Masjid Di Turki Dipuji Benar Kanak-Kanak Bebas Bermain Dalamnya Lepas Terawih

Sebuah masjid di Turkiye telah menjadi perhatian ramai selepas membenarkan kanak-kanak untuk bebas bermain dalamnya selama setengah jam selepas selesai solat terawih.

masjid di turki dipuji benar kanak-kanak bebas bermain dalamnya

Perkongsian itu dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Mohamed Kamel yang berkata, anak-anak jemah dibenar bermain apa sahaja yang mereka mahu selepas selesai terawih selama 30 minit.

masjid di turki dipuji benar kanak-kanak bebas bermain dalamnya

“Jauh dari keindahan dan kebersihan masjid. Di Turki, kanak-kanak dibenar bermain setengah jam selepas solat terawih.

“Bahagian yang bebas sepenuhnya di mana boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu di dalam masjid tanpa membahayakan atau menceroboh.

“Ia boleh menimbulkan perasaan bahawa masjid ini adalah milik dan seperti rumah mereka serta mewujudkan rasa cinta mereka kepada masjid,” demikian menurut pengguna Facebook itu.

Malah, pihak masjid itu juga turut menyediakan bahagian bebas untuk kanak-kanak bermain di masjid. Ia bertujuan bagi menggalakkan kanak-kanak rasa sayang dan suka untuk datang ke rumah Allah.

Memandangkan mereka bermain selepas selesai terawih, maka tiada isu kanak-kanak menggangu jemaah yang sedang solat.

 

Sumber: Facebook