Siap Sedia Elon Musk, Mark Zuckerberg Dah Berlatih Dengan Atlet UFC!

Umum mengetahui akan pertarungan dalam sangkar melibatkan dua taikun media sosial iaitu Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg bersama pemilik Twitter, Elon Musk.

masih tak puas hati, elon musk kutuk mark zuckerberg secara terbuka

Meskipun tidak diketahui tarikh dan lokasi sebenar pertarungan antara mereka, namun keduanya dilihat sudah mula membuat ‘persiapan’ masing-masing.

 

Ketika Elon Musk melancarkan ‘perang psikologi’ menerusi ciapan di Twitter, Mark Zuckerberg pula dilihat lebih ‘realistik’ dengan menjalani latihan fizikal bersama atlet Ultimate Fighting Champions UFC, Adesanya dan Volkanovski.

siap sedia elon musk, mark zuckerberg dah berlatih dengan atlet ufc!

Terdahulu, presiden syarikat promosi acara seni mempertahankan diri campuran (MMA) Amerika, Dana White memberitahu New York Times bahawa beliau akan membantu menyiapkan perlawanan epik antara CEO teknologi dan bahawa "keduanya mahu melakukannya".

 

Menurut TMZ, Zuckerberg telah menjalani latihan yang serius dalam beberapa hari terakhir dengan dua atlet MMA moden terbaik pada generasi ini. Adesanya, juara kelas sederhana, dan Volkanovski, juara kelas featherweight, tiba di kediaman Zuckerberg di Utara California selepas persembahan UFC 290 pada malam Sabtu di Las Vegas. Ketiganya telah berlatih dengan tekun di sebuah gim dekat Lake Tahoe, Nevada, seperti yang dilaporkan media.

siap sedia elon musk, mark zuckerberg dah berlatih dengan atlet ufc!

Mark Zuckerberg juga pernah menjalani latihan fizikal Jiu-jitsu dari Brazil, Lex Fridman beberapa minggu lalu.

siap sedia elon musk, mark zuckerberg dah berlatih dengan atlet ufc!

Anda rasa, siapa akan menang perlawanan dalam sangkar itu nanti? Adakah Mark Zuckerberg atau Elon Musk?

 

Sumber: HT