Kajian Dapati Manusia Boleh Buta Jika Tinggal Di Planet Lain

Angkasa lepas merujuk kepada ruangan yang berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi.

kajian dapati manusia boleh buta jika tinggal di planet lain

Sejak bertahun lamanya, manusia telah mula mengkaji kemungkinan untuk tinggal dan hidup di luar angkasa, khasnya di planet-planet berdekatan Bumi.

 

Namun, satu kajian terbaru mendapati, manusia boleh menjadi buta jika tinggal di planet lain atau pernah melakukan pengembaraan ke angkasa lepas.

 

Kajian itu dibuat selepas penyelidik melakukan kajian terhadap bahagian otak dan kesan graviti terhadap penglihatan kepada angkawasan yang pernah mengembara ke sana.

 

Ia dibuat juga selepas angkawasan dilaporkan perlu memakai cermin mata selepas mereka pulang ke Bumi.

 

Penyelidik melihat kepada Sindrom Neuro-Okular (SANS) dan membandingkan imbasan otak sebelum dan selepas pengembaraan ke angkasa.

 

Mereka mendapati semakin lama seseorang angkasawan itu berada di angkasa, semakin kabur penglihatan mereka dan mempunyai masalah penglihatan.

 

Menurut pakar dari Universiti Perubatan Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) berkata, angkasawan terpaksa membawa sepasang cermin mata tambahan apabila mereka mengembara ke angkasa kerana mereka tahu penglihatan mereka akan semakin merosot di sana.

 

Berikut adalah kesan lain kepada sistem anggota badan jika seseorang manusia itu berada di angkasa lepas:

kajian dapati manusia boleh buta jika tinggal di planet lain

 

Terdahulu, bekas ketua Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) berkata, planet Marikh boleh diduduki manusia jika planet itu dipasang dengan medan magnet di sekelilingnya.

 

Sumber: [1]