Mangsa Gempa Bumi Terperangkap Bawah Runtuhan Minta Air Untuk Solat

Susulan daripada gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye dan utara Syria, kini usaha pencarian dan penyelamatan sedang giat dijalankan.

gempa turkiye-syria: angka korban lebih 7,800, penduduk sangka dah kiamat

Anggota keselamatan dan orang awam dilihat sama-sama membantu dalam misi itu, hingga pelbagai reaksi dan momen berlaku sejak Isnin lalu.

 

Antaranya, usaha menyelamatkan seorang warga emas yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan ini yang dimuatnaik oleh Mohammad Smiry berdurasi 36 saat.

 

Video itu dirakam disalah satu kawasan terjejas Turkiye memaparkan seorang warga emas kelihatan masih terperangkap dan tidak dapat dikeluarkan, mungkin kerana ada halangan yang menyukarkan proses menyelamat.

mangsa gempa bumi terperangkap bawah runtuhan minta air untuk solat

Bagaimanapun warga emas itu sempat meminta air bagi mendirikan solat meskipun keadaan dirinya masih terperangkap dibawah timbunan.

 

"Seorang warga emas meminta air untuk mengerjakan solat, sementara orang ramai memberitahunya bahawa dia boleh mengerjakan solat dalam situasi tersebut," melalui kapsyen Muhammad Smiry di akaun Twitter miliknya.

 

An old man wants water to make wudu so he can pray while people telling him it’s fine to pray the way you are. pic.twitter.com/VTxj7MrTmU

— Muhammad Smiry 🇵🇸 (@MuhammadSmiry) February 7, 2023

 

Sumber: Astro AWANI