Manchester United Sahkan Nombor Jersi Disarung Cristiano Ronaldo

Selepas teka-teki mengenai perpindahan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kembali ke kelab Manchester United sudah terjawab, kini persoalan mengenai nombor jersi pemain itu juga sudah diketahui.

manchester united sahkan nombor jersi disarung cristiano ronaldo

Menurut laporan, Manchester United mengesahkan pemain itu akan menyarung nombor jersi lagenda yang juga pernah menjadi nombor jersinya ketika bersama Manchester United sebelum ini iaitu nombor 7.

manchester united sahkan nombor jersi disarung cristiano ronaldo

Jersi nombor 7 yang menjadi nombor cukup bermakna dalam pasukan Manchester United pernah dipakai oleh George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan juga David Becham. Pada musim lalu, Edinson Cavani menggunakan nombor 7 ini sebagai pilihan nombor di jersinya.

 

Ronaldo juga dijangka membuat penampilan bersama Manchester United di perlawanan menentang Newcastle United pada 11 September depan.

 

Sudah pasti, peminat Manchester United tidak sabar melihat aksi pemain berjersi nombor 7 ini diatas padang.

cristiano ronaldo sah kembali ke old trafford!

Sumber: [1]