Menang 4-3 Ke Atas Liverpool, Ten Hag Dah Nampak Kilauan Trofi Piala FA [Video]

Kemenangan 4-3 ke atas Liverpool pada perlawanan suku akhir Piala FA awal pagi tadi mampu menjadi bantu loncatan buat pasukan bimbingan Erik Ten Hag untuk menjulang trofi pada musim ini.

 

Pada perlawanan suku akhir Piala FA, Manchester United mencatatkan kemenangan penuh dramatik pada masa tambahan menerusi jaringan Amad Diallo, selepas terikat seri pada 90 minit perlawanan.

Kemenangan ke atas Liverpool ini membuatkan Ten Hag percaya skuadnya itu kini adalah pasukan yang menakjubkan dan mampu menjulang Piala FA tahun ini.

 

"Ini adalah masanya, pasukan yang mempunyai keyakinan dan tenaga untuk melakukan perkara menakjubkan. Apabila anda menewaskan Liverpool, anda mampu menewaskan sesiapa sahaja," kata Ten Hag.

 

United kini menjadi pasukan pilihan untuk mara ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut selepas lawannya pada separuh akhir nanti adalah kelab Liga Kejuaraan, Coventry.

menang 4-3 ke atas liverpool, ten hag dah nampak kilauan trofi piala fa [video]

Dalam aksi berbeza, Chelsea bakal bertemu Man. City bagi satu lagi slot ke final Piala FA.