Liga Europa : Manchester United Wakil Tunggal England Ke Suku Akhir.

Seperti yang diramal, Manchester United mara ke suku akhir Liga Europa! 

 

United mara dengan agregat 5-1 selepas menang tipis 1-0 ke atas Real Betis pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik pagi tadi.

 

Marcus Rashford jaringkan gol tunggal untuk United.

liga europa : manchester united wakil tunggal england ke suku akhir.

Rashford kini muncul pemain termuda United yang berjaya jaringkan 25 gol dalam semua kejohanan Eropah!

 

Tapi lain pula nasib Arsenal yang tersingkir daripada saingan itu musim ini.

 

Jenuh jugak lah Arsenal lawan Sporting Lisbon pagi tadi.

 

Mana taknya, keputusan seri 1 sama sampai tamat masa tambahan, lepastu seri 3-3 secara agregat.

 

Masing-masing memang tak nak kalah.

 

Terpaksalah perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

liga europa : manchester united wakil tunggal england ke suku akhir.

Nampaknya nasib tak menyebelahi The Gunners apabila bintang mudanya, Gabriel Martinelli gagal sempurnakan sepakannya.

 

Nuno Santos kemudian jaringkan sepakan penaltinya untuk bantu Sporting Lisbon menang 5-3 sekaligus tempah slot ke suku akhir.

 

Dengan tersingkirnya Arsenal, tinggallah United sebagai satu-satunya wakil England yang mara ke suku akhir Liga Europa musim ni.

 

Selain game United dengan Arsenal, ada beberapa game besar lain jugak pagi tadi.

 

Juventus kalahkan Freiburg 2-0 pagi tadi sekaligus mara ke suku akhir.

 

Roma seri tanpa jaringan dengan Real Sociedad tapi mara ke suku akhir dengan agregat 2-0.

 

Undian suku akhir Liga Juara-Juara dan Liga Europa akan berlangsung hari ni tau.

 

Korang boleh tonton secara langsung di Astro saluran 819.

 

Oleh Izzati Amir