Masalah Banjir, Malaysia-Thailand Segerakan Kerja Pelebar, Dalamkan Sungai Golok

Ekoran daripada bencana banjir yang sering melanda khususnya negeri Kelantan, kerajaan Malaysia dan Thailand sudah sepakat untuk menyegerakan kerja pelebaran dan pendalaman Sungai Golok di sempadan kedua-dua negara.

 

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sudah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Thailand iaitu Srettha Thavisin.

masalah banjir, malaysia-thailand segerakan kerja pelebar, dalamkan sungai golok

"Kerja-kerja itu pada hemat kami mampu meredakan tekanan banjir di kedua-dua negara di Narathiwat (Thailand) dan Rantau Panjang (Malaysia)," katanya.

 

Beliau berkata sedemikian ketika lawatan banjir di Kelantan pada hari ini, 28 Disember 2023.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan.

 

"Bagi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan sekitar, setakat ini kita meluluskan peruntukan awal RM50 juta.

"Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir," katanya.

 

Sumber: Sinar Harian / Astro AWANI / BH