Gajah Perang Berjaya Jinakkan Harimau Malaya Di Semi Final AFF

Hasrat pasukan bolasepak negara untuk ke mara ke peringkat akhir kejohanan AFF 2022 tidak kesampaian selepas tewas 3-1 menerusi jaringan agregat.

gajah perang berjaya jinakkan harimau malaya di semi final aff

Meskipun skuad Harimau Malaya berjaya membawa bekalan satu gol pada perlawanan separuh akhir pertama sebelum berkunjung ke Stadium Thammasat di Thailand, ia tidak cukup untuk menafikan kelebihan jaringan pasukan tuan rumah.

 

Skuad Gajah Perang bimbingan Alexandré Pölking, atau lebih dikenali sebagai Mano memulakan jaringan pada minit ke-19 oleh Teerasil Dangda sebelum tamat separuh masa pertama.

gajah perang berjaya jinakkan harimau malaya di semi final aff

Skuad negara kita pula gagal menembusi gawang pasukan lawan meskipun perlawanan masuk kepada separuh masa kedua.

 

Thailand tidak menunggu lama dan menambah jaringan kedua pada minit ke-55 oleh Bordin Phala.

gajah perang berjaya jinakkan harimau malaya di semi final aff

Malaysia kemudian memasukkan penyerang berbisa, Safawi Rasid pada minit ke-68, menggantikan Fazly Mazlan untuk menguatkan jentera serangan.

 

Thailand terus menambah duka skuad negara menerusi jaringan cantik Adisak Kraisorn pada minit ke-71.

gajah perang berjaya jinakkan harimau malaya di semi final aff

Serangan demi serangan dibuat kedua-dua pasukan, sehinggalah pengadil meniupkan wisel penamat, sekaligus memastikan kemenangan pasukan Thailand pada separuh akhir piala AFF 2022.

 

Thailand seterusnya akan bertemu Vietnam pada final pertama Piala AFF 2022 (13 Jan) dan final kedua (16 Jan) ini.