Piala Asia 2023: Malaysia Enggan ‘Parking Bas’, Terima 2 Berita Gembira Berdepan Bahrain

Menjelang aksi perlawanan kedua kumpulan E di Piala Asia Qatar, pasukan bolasepak negara enggan lagi menoleh kebelakang selepas mengalami kekalahan 0-4 ke atas Jordan, pada Selasa lalu.

piala asia 2023: malaysia enggan ‘parking bas’, terima 2 berita gembira berdepan bahrain

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, beliau tidak akan menggunakan pendekatan ‘parking bas’ dengan corak perlawanan bertahan kerana itu tidak akan membantu pasukannya memenangi perlawanan.

 

“Kami boleh bermain negatif (semasa aksi bersama Jordan)... kami boleh bermain lebih bertahan dengan tidak memberi tekanan di bahagian atas sebaliknya menunggu di bawah.

"Tetapi ia tidak membantu masa depan pasukan. Jadi kami mengekalkan apa yang pasukan telah lakukan sejak dua tahun lalu, dan itulah yang kami kekalkan," katanya yang turut memohon maaf atas prestasi yang dipamerkan anak buahnya dalam perlawanan pertama sebelum ini.

piala asia 2023: malaysia enggan ‘parking bas’, terima 2 berita gembira berdepan bahrain

Baca: Lebih Kuat Dari Disangka, Kim Pan-Gon Mohon Maaf Tewas 0-4 Pada Jordan

 

Harimau Malaya dijangka akan mengekalkan gaya perlawanan yang sama dalam aksi menentang Bahrain yang juga mencari kemenangan pertama mereka selepas tewas 1-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan sebelum ini.

 

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, terdapat dua perkhabaran baru mengenai bayangan kesebelasan utama negara.

 

Pertama, perancang tengah negara, Natxo Insa dikatakan telah cergas sepenuhnya dan berpotensi untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Bahrain.

 

 

Kedua, tonggak tengah negara, Endrick Dos Santos juga dilihat telah kembali menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan, dan disambut penuh gembira oleh para penyokong Harimau Malaya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

 

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu pasukan Bahrain di Stadium Jassim bin Hammad, Sabtu ini, sebelum bertemu pasukan Korea Selatan, 25 Jan depan.

piala asia 2023: malaysia enggan ‘parking bas’, terima 2 berita gembira berdepan bahrain

Sumber: Makan Bola / Majoriti